berita

Pergi Bank Nak Tukar Kad Debit, Kad Pengenalan Kena Potong!

December 18th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulancimb

Kurang beberapa hari lagi sebelum memasuki tahun baru, orang ramai nampaknya mengambil peluang yang ada untuk menukar kad bank yang lama kepada kad baru. Boleh dikatakan setiap hari bank penuh!

Seorang wanita berkongsi pengalaman dirinya berurusan dengan sebuah bank untuk menukar kad debit seperti yang disarankan. Namun lain pula yang jadi bila kad pengenalan dia kena potong secara tak sengaja!

Busy berborak

screen-shot-2016-12-18-at-3-26-07-pm

Dakwa wanita ini pekerja bank yang berurusan dengan dirinya terpotong kad pengenalan semasa sedang leka berborak dengan rakan sekerja. Sepatutnya kad bank yang kena potong sebab dah tak boleh pakai lepas ini.

RM10 je

screen-shot-2016-12-18-at-3-26-16-pm

Bila ditanya tak boleh beza ke antara kad bank dan kad pengenalan, jawapan yang diberi cukup mudah iaitu mengakui terpotong dan minta wanita ini pergi tukar nanti. Lepas tu baru claim. Aduan wanita ini telah mendapat perhatian CIMB.

screen-shot-2016-12-18-at-3-37-50-pm

Macam-macam hal. Cuma nak beritahu korang yang tak sempat tukar tahun ini boleh tukar kad debit tersebut tahun depan namun akan dikenakan cas tertentu.

Sumber : Shobna Mohan

SKIP THIS AD ×