Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah memaklumkan salah seorang tetamu yang hadir di sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Prai, Pulau Pinang dijangkiti wabak Covid-19.
Artikel berkaitan: Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah Cari Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Fatin & Azlan
Susulan daripada itu, seorang wanita yang merupakan salah seorang tetamu majlis tersebut telah tampil dan berkongsi reaksinya sebaik sahaja mengetahui berita berkenaan.
Berita sahih atau tidak?
Berkali-kali saya tanya pada kawan yang kirimkan notis itu melalui pesanan WhatsApp sama ada berita itu sahih atau tidak sehinggalah saya diminta untuk melakukan swab test (ujian saringan) pagi tadi. Ketika pergi ke majlis itu didapati keluarga pengantin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila terdapat imbasan kod QR untuk mengambil rekod kedatangan tetamu selain tuan rumah juga mengenakan pelitup muka sepanjang masa.
Namun, alangkah terkejutnya saya apabila mendapat berita yang mana tetamu menghadiri majlis itu diminta ke Pejabat Kesihatan bagi melakukan ujian swab.
Menurut wanita berusia 30-an itu, pada awalnya dia menyangka berita tersebut adalah palsu. Namun, perasaan bimbang turut menyelubungi diri. Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan rapat dengan pasangan pengantin tersebut. Dia sekadar menemani ibu saudaranya untuk hadir ke majlis akad nikah tersebut.
Wanita itu turut memberitahu keluarga pengantin telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis berlangsung. Namun tanpa diduga, Pejabat Kesihatan telah menyuruhnya melakukan ujian swab di Klinik Kesihatan Berapit.
Tempoh tiga hari lagi
Kakitangan kesihatan yang membuat ujian terhadap saya memaklumkan bahawa keputusan ujian akan keluar dalam tempoh tiga hari lagi. Buat masa ini saya diarahkan untuk kuarantin selama 14 hari di rumah sebelum menunggu keputusan keluar. Saya berharap keputusan saya, ibu saudara dan tetamu lain menunjukkan hasil negatif apatah lagi perkara ini di luar dugaan kerana masing-masing sudah ikut SOP.
Ujar wanita itu lagi, keputusan ujian swabnya akan keluar selepas tempoh tiga hari. Kakitangan kesihatan juga telah memintanya untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.
Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr Asmayani Khalib, setakat ini mereka tidak boleh memberitahu berapa jumlah kontak yang disaring sebaliknya menunggu pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Sumber: Harian Metro
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- redOne Mobile Jalin Kerjasama Dengan MMCV, Komited Memulihara Alam Sekitar - 26/11/2024
- [VIDEO] ‘Sebelum Cari Aku, Lebih Baik Kau Pergi Cari Bekas Pekerja Bayar Duit Dulu’ – CEO Helmie - 26/11/2024
- Kes Rujuk Depan Hakim & Mahkamah Dah Selesai, Tanda Pagar Nora Ariffin Curi Tumpuan! – ‘Moga Tiada Paksaan Lagi’ - 26/11/2024