Menerusi episod 10 drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ arahan Osman Ali semalam, babak Raisya Hannah (Sophia AlBarakbah) dan Luth Mikail (Aliff Aziz) ketika beriadah berjaya mencuri tumpuan penonton. Mana taknya, Luth dilihat kuat menyakat Raisya sejak belakangan ini.
Artikel berkaitan: ‘Sudikah Awak Jadi Isteri Saya?’
Artikel berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Stalk IG Aliff Aziz?
Artikel berkaitan: ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’ – Babak Raisya Hannah ‘Terlanjur’ Dengan Luth Mikail Curi Tumpuan Netizen, Tak Sabar Next Episod!
Rasa peluh suami
View this post on Instagram
Dalam episod semalam, rata-rata penonton terhibur apabila Raisya membuat pengakuan bahawa dia suka berpeluh untuk kekal sihat. Lebih menghiburkan, Luth menyuruh isterinya untuk merasa peluhnya sendiri.
Selain daripada babak tersebut, drama yang ditayangkan di TV3 ini dilihat hampir sampai ke klimaks apabila ibu Luth tidak suka Raisya sebagai menantu. Ini kerana, Datin Safiah (Jasmin Hamid) sudah mengetahui kisah silam yang pernah berlaku di antara anak dan menantunya itu.
Bukan itu sahaja, perkahwinan di antara Raisya dan Luth juga sudah diketahui oleh Maira (Jasmine Suraya). Pelbagai niat jahat mungkin sudah dirancang oleh Maira terhadap Raisya.
Jadi, kalau korang nak tahu apa yang berlaku dalam episod seterusnya, jangan lupa tonton drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam hanya di TV3!
Sumber: TV3