Gambar sekadar hiasan
Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Pancing’ Untuk Keluar Makan, Remaja 14 Tahun Dirogol Di Tangga Pintu Kecemasan
Artikel Berkiatan: 20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan
Rogol & amang seksual fizikal
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa pada awal September lalu jam 1 pagi di belakang sebuah rumah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua pekerja kedai makan tersebut didakwa di atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa jam 10 malam di sebuah rumah di Parit Jawa pada pertengahan bulan lalu.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, remaja berkenaan didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 29 September lalu jam 11.15 malam juga di lokasi yang sama.
Pertuduhan dikemukakan masing-masing mengikut Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 14 akta yang sama.
Remaja tersebut boleh dipenjara selama 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000 kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Bagaimanapun, tertuduh yang sudah kematian ibu bapa tersebut meminta jaminan direndahkan berikutan mempunyai kad OKU masalah pembelajaran selain hanya memperoleh RM60 bagi pendapatan sehariannya.
Susulan itu, Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Muar setiap bulan. Remaja itu juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa atau menghubunginya.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen iaitu pada 16 November hadapan.
Sumber: Sinar Harian