berita

5 Momen Penting Perlawanan AFF Suzuki Cup Malaysia VS Vietnam

December 8th, 2014 | by Wan
Kini Trending

gaduh

Skuad Harimau Malaya tewas kepada Vietnam 2-1 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pada awalnya tuah dilihat seakan menyebelahi Malaysia apabila dihadiahkan sepakan penalti namun kelalaian benteng pertahanan Malaysia dihukum apabila Vietnam menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua.

Walaupun skuad negara tewas, beberapa insiden yang tak dapat dapat dilupakan telah berlaku sepanjang perlawanan itu semalam.

1. Insiden Pergaduhan Yang Memalukan

gaduh3

Sejurus sahaja wisel penamat dibunyikan, suasana di Stadium Shah Alam bertukar tegang apabila ada segelintir penyokong Malaysia bertindak menyerang penyokong Vietnam. Memang memalukan!

Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa kekecewaan melalui laman Facebook miliknya.

Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia

2. Kungfu Pemain Vietnam

gusti

Ketika skuad kebangsaan ketinggalan 2-1 di tangan Vietnam, kapten pasukan Malaysia Safiq Rahim dilihat seolah tidak dapat mengawal emosi apabila bertindak memukul pihak lawan.

Bernasib baik kerana hanya dilayang kad kuning, aksi kungfu Safiq itu jelas menunjukkan semangat kesukanan yang rendah dalam dirinya. Tindakan Safiq turut dikecam oleh penyokong yang beranggapan agak keterlaluan.

3. Tifo Menarik Daripada Ultras Malaya

tifogua

Sebelum bermulanya perlawanan diantara Malaysia menentang Vietnam semalam, Ultras Malaya tampil dengan tifo yang sangat menarik. Selain itu, laungan Ultras Malaya sedikit sebanyak memberikan semangat kepada pemain.

Rata-rata penyokong yang hadir ke Stadium Shah Alam semalam memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ultras Malaya. Mana tidaknya, dari pagi lagi mereka sudah memasuki stadium untuk menyusun tifo tersebut.

tifo1

4. Goal Celebration Ala-Ala Cristiano Ronaldo

Goal celebration yang dilakukan oleh Safiq Rahim sejurus menjaringkan penalti mirip goal celebration yang dilakukan Cristiano Ronaldo.

Terdahulu, Safiq turut melakukan goal celebration yang sama ketika menjaringkan gol menentang Singapura tempoh hari. Nah tengok video ini kalau tak percaya.

https://www.youtube.com/watch?v=E-TmI_H_JWg

5. Aksi Panas, Terjahan Keras Tetapi Pengadil Simpan Kad Merah

terjah

Aksi tegang diantara kedua-dua pasukan semalam menyaksikan beberapa orang pemain dilayangkan kad kuning. Walaupun ada antara insiden yang boleh dikatakan agak keterlaluan dan sewajarnya dilayang kad merah, pengadil masih tenang mengendalikan perlawanan tersebut.

Hujan lebat yang turun pada separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan semakin rancak dengan terjahan keras dari pemain kedua-dua pasukan.

SKIP THIS AD ×