berita

Permintaan Mendadak Semasa PKP, Tesco Cari 600 Pekerja Baharu

April 9th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd sedang berusaha mengisi lebih 600 peluang pekerjaan di dalam rantaian bekalannya, supaya dapat memenuhi kenaikan permintaan mendadak yang disebabkan pandemik Covid-19 dan juga sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri yang akan datang.

Permintaan mendadak

Bagi memenuhi permintaan mendadak semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Tesco mengambil langkah menambah bilangan pekerja di seluruh 60 cawangan. Menurut Ketua Sumber Manusia Tesco, Alvin Low, bilangan pekerja yang mencukupi akan memberi keseimbangan kehidupan dan kerja bagi pekerja sedia ada.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan mendadak dalam permintaan untuk produk makanan dan keperluan rumah. Di Tesco, kami bekerja sepanjang masa untuk membantu memastikan para pelanggan mempunyai akses kepada barangan membeli-belah yang mereka perlukan.

Untuk membantu kami menyahut permintaan yang mendadak ini, kami mengambil 600 pekerja baharu untuk bekerja di cawangan-cawangan kami. Rakan sekerja baru akan ditempatkan di seluruh 60 cawangan kami di seluruh negara, serta perkhidmatan penghantaran atas talian kami, Tesco Online.

Permohonan dibuka

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun, dengan minimum Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) boleh memohon. Bagi membuka peluang kepada semua yang memerlukan, Tesco juga mengalu-alukan mereka yang kurang upaya untuk memohon. Kekosongan yang ada termasuklah Rakan Sekerja Cawangan, Juruwang, Picker dan Penghantar untuk Tesco Online. Tiada pengalaman terdahulu diperlukan untuk jawatan sepenuh masa, sementara dan separuh masa di Tesco.

Kami melancarkan kempen pengisian peluang pekerjaan kira-kira dua minggu lalu, dan sejak itu kami menerima beberapa permohonan. Kami berharap lebih banyak akan tampil ke hadapan untuk menyertai kami tidak lama lagi kerana kami telah menyelaraskan sistem pengambilan pekerja kami. Temuduga juga dilakukan melalui telefon agar calon tidak perlu melanggar PKP.

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel kepada mereka [email protected], hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-13-1313. Jika calon yang berminat tidak mempunyai akses kepada e-mel atau telefon, mereka boleh pergi ke mana-mana cawangan Tesco terdekat untuk meminta borang permohonan.

Untuk memastikan semua rakan sekerja sentiasa selamat, Tesco telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan termasuk pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum kerja, menyediakan topeng muka dan sabun pembasuh tangan. Perlindungan insurans juga diberikan untuk pekerja yang bekerja sepenuh masa.

SKIP THIS AD ×