Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan kerajaan bersetuju membuka semula permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Artikel berkaitan: Prihatin Nasib Rakyat, PM Umum Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Bantuan ini adalah bertujuan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Permohonan GKP dibuka
Permohonan GKP akan dibuka semula mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 bagi memastikan lebih ramai peniaga mikro layak dan mendapatkan bantuan tersebut. GKP dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar, memegang lesen berniaga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan di mana bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.
Terdapat juga peniaga yang tidak memenuhi syarat terdaftar sebelum 1 Januari 2020. Untuk memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi masih belum berkesempatan untuk mendapatkan GKP, kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020.
Kadar bantuan sebanyak RM3,000 bagi setiap peniaga-peniaga kecil disalurkan. Pembukaan semula permohonan GKP kali ini dijangka dapat memanfaat lebih daripada 200,000 peniaga kecil dengan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM 600 juta.
Syarat memohon
Permohonan geran ini boleh dibuat melalui laman sesawang LHDN Malaysia dan ikuti langkah-langkah yang disediakan. Antara syarat bagi pemohon ialah pemohon berstatus warganegara Malaysia, pemohon menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja kurang daripada 5 orang.
Pemohon perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau Pihak Berkuasa Tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih aktif dalam perniagaan.
Perutusan khas Kita Prihatin
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/4594312433973880/?__xts__[0]=68.ARDE6yUlxeACYmdabCU7uftg3e9H4Yl48uGxwn5IfqO4PZGHBYfI5WPfJRBq4A_F5_oB64KoOXXsSdzsyp10dVJajfbgGxc8O_KrEz4hOmS9rOigoXlXH2KFNmXXmx8T6kbOmcqSgQ8f_AsrFWLurozbeCJ–5M9go8ghRjrNviIXcjHTAxlO8O-BjhdeaZwWrVCHiwwPLq7cV2y_AtdY84mIXfy7gk27v1LV3fBCtYMO4q4KyiOksd5RpqV-7knhDBbNDkKFaahdPSi4NCCG7WqYjuJgWwRXsCawQyQUOOHcoX99z52HPwKsNQuIOr6NWKW4KfeeNchXgetNzArVWnYkIJco2IJb2GqMhTfD_IFpiZbMYRVZRVRqeWYHJNCpuLX3RWoAAMOS45mtazTIACCyFnqV0d4kHjtit8jX7_IKy15SyhkgMFDhmp_ybnH-pj9Z_dtRQEFFtqOm0b95zmsVxx_TQdbi1Ek20YNZTqsuiMsLmmSNWLbXBc&__tn__=H-R