berita

Permohonan Maaf Penuh Hashtag Wak Doyok Kepada Ibu Kilafairy

March 18th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

waklu

Kami tak sangka kes ‘merecik’ Wak Doyok boleh jadi viral sehinggakan mendapat perhatian ibu Kilafairy, Rohana Jalil yang siap warning Wak Doyok supaya jaga tingkah lalu.

Artikel Berkaitan : Mak Kilafairy Tegur Wak Doyok Jangan Melucah!

Mungkin terkesan dek amaran dan nasihat tersebut, Wak Doyok sekali lagi tampil mohon maaf di laman Instagramnya. Macam biasala, bukan Wak Doyok namanya kalau tak ada hashtag panjang lebar.

Setiap Kesilapan Bukan Semua Datang Dengan Niat

Melalui foto terbaru yang dimuatnaik oleh dirinya semalam, Wak Doyok nyata sedar akan kesilapan merecik tak bertempat tempoh hari dan sekali lagi mohon maaf.

Maklum lah sekarang dah bergelar public figure, banyak mata yang memandang. Lagi-lagi kalau buat silap.

#AkuDahSerik

Screen Shot 2015-03-18 at 7.30.20 AM

Siapa lah Wak Doyok tanpa hashtag kreatifnya yang panjang lebar. Namun dalam sepanjang-panjang hashtag tu terselit, #AkuDahSerik. Nampaknya dah betul-betul serik ini Wak.

Rasanya Wak Doyok dah belajar dari kesilapan lalu. Harap Wak Doyok tabah malah terus bergiat aktif dalam bidang seni ‘misai’ dan hashtag yang menjadi trend budak-budak sekarang.

Khabarnya Wak bakal buka barber shop, tampil dengan produk coffee dan koleksi men’s wear sendiri. Terbaik lah orang Klang!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×