berita

Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada UMT Atas Kesilapan Penggunaan Gambar Boya

October 4th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pada 4 Oktober 2018, Ohbulan telah mengeluarkan satu artikel bertajuk ‘Projek Pelampung Tsunami RM7.2 Juta Milik Malaysia Gagal & Terpaksa Dilupuskan?

Artikel tersebut menyentuh tentang sistem boya milik Malaysia yang terpaksa dilupuskan menerusi satu temubual yang dilakukan Harian Metro bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari.

Mohon maaf

Artikel yang dikeluarkan oleh Ohbulan itu bagaimanapun berlaku kesilapan kerana telah menggunakan gambar boya milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang tiada kaitan langsung dengan isi kandungan cerita tersebut. Gambar boya tersebut sebenarnya digunakan oleh UMT bagi tujuan kajian dan penyelidikan berkaitan aktiviti pengumpulan data seperti suhu laut, perubahan iklim dan kesan-kesannya terhadap sumber perikanan yang diletakkan di perairan Dungun, Terengganu pada 2015.

Justeru, Ohbulan dengan rendah hati memohon maaf atas apa yang berlaku dan telah pun mengambil langkah menukar gambar tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca.

Ohbulan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi dan telah pun memberi amaran kepada semua penulis agar lebih berhati-hati di dalam penulisan. Ohbulan mengagumi peranan UMT sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terbaik di Malaysia yang sering melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berkualiti.

Sekali lagi kami di Ohbulan, dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada pihak UMT di atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak kami.

SKIP THIS AD ×