berita

Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya?

October 26th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

pakai

Kami perasan sebenarnya ramai di antara kita rakyat Malaysia suka beli barang tak original atau dalam erti kata lain barang yang diseludup secara haram dan dijual secara berleluasa di sini.

Antara barang seludup yang sering mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai ialah pakaian berjenama, produk kecantikan, telefon bimbit, perfume, dan banyak lagi.

Namun yang menjadi persoalan sekarang, tahan lama ke? Tak merbahaya? Tiada kesan sampingan?

Teruskan bacaan korang sebab kami akan kongsikan info-info penting yang korang patut tahu untuk elakkan diri dari terus beli barangan tidak berkualiti ini.

Memang murah tapi tahan ke? Confirm tak merbahaya?

tiruann

Kami yakin ada antara pembaca OHBULAN! sendiri yang mempunyai pengalaman membeli barangan seludup ini sebagai contoh pakaian berjenama. Dek kerana mahu kelihatan bergaya dengan jenama A, sanggup beli barangan tersebut walaupun tahu risiko tak tahan lama dan tidak berkualiti.

Hasilnya, baru pakai sekali je dah koyak, zip rosak, dan paling menyakitkan hati warna luntur apabila dibasuh. Itu baru bercerita tentang pakaian, belum sentuh mengenai produk kecantikan dan ubat ubatan yang memberi kesan buruk kepada tubuh badan kita.

mukalah

Sebagai contoh produk kecantikan dan penjagaan kulit. Banyak kes-kes dimana kulit muka mengalami alahan yang teruk, bernanah, dan menggelupas dengan teruk selepas menggunakan produk seludup tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tercemar dengan najis tikus dan serangga mati

seludup

Situasi sama juga berlaku kepada rokok seludup yang semakin banyak dan dijual secara berleluasa di Malaysia ini. Ramai yang memilih rokok seludup seperti John, Canyon, Gudang Garam, Sampoerna dan L.A. Lights.

Namun tahukah korang yang rokok seludup sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun  yang tinggi berbanding rokok sah. Kandungan tar pun 3 kali ganda lebih tinggi daripada kandungan yang dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia.

kilang

Lebih dasyat dan menjijikkan, rokok seludup dikilangkan tanpa piawaian kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan mengandungi bahan kotoran najis tikus dan serangga mati. Geli betul!

Rasuah makin naik, masyarakat diugut!

rasuah3

Apa yang paling merbahaya dan menakutkan ialah penyeludupan rokok seludup ini mempunyai hubungan secara langsung dengan jenayah terancang seperti kongsi gelap di luar negara mahupun di Malaysia sendiri.

Jangan terkejut kalau kami dedahkan yang hasil keuntungan rokok seludup digunakan untuk membiayai penyeludupan dadah, senjata, dan pemerdagangan manusia.

Malah kegiatan tidak bermoral seperti rasuah semakin meningkat akibat paksaan atau ugutan daripada penjenayah yang menjalankan kegiatan ini.

rasuahlah

Bak kata pepatah, ditelan mati emak diluah mati bapa. Dek kerana takut dan tertekan dengan ugutan daripada penjenayah disebalik rokok seludup ini, masyarakat terpaksa turuti andai tidak mahu nyawa diancam.

Selalu nampak budak sekolah melepak sambil hisap rokok?

budak

Tapi yang paling membimbangkan ialah peningkatan perokok dalam kalangan remaja termasuk budak-budak sekolah. Bayangkan sekotak rokok seludup mampu dimiliki dengan hanya RM3.

RM3 siapa yang tak mampu beli kan, malah ada yang sanggup menahan perut, sanggup berlapar kerana duit belanja sekolah yang diberikan ibu bapa digunakan untuk beli rokok.

Memang bahaya betul trend macam ini, siap merokok secara terbuka di tempat orang ramai. Jika tak dibendung, bimbang ianya semakin menular.

#TakNakSeludup

taknak

Sehubungan dengan itu, banyak serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras gejala rokok seludup ini

Pihak Kastam memberi amaran keras kepada peniaga agar tidak lagi terlibat dengan penjualan rokok seludup atau mereka mungkin berdepan risiko seperti didenda dan dipenjara jika didapati bersalah. Jadilah peniaga dan peruncit yang bertanggungjawab dan beramanah.

kastam

Jadi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, jom kita laporkan sebarang aktiviti penjualan rokok seludup di talian 1-800-88-8855. Yang penting jangan beli rokok seludup dan nasihat ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Katakan #TakNakSeludup demi kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan masyarakat dan negara.

SKIP THIS AD ×