berita

Persembahan Final ‘Manusia Kalkulator’ Bukti Yaashwin Layak Sebagai Pemenang?

April 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini kita dapat menyaksikan bakat luar biasa dari Yaashwin Sarawanan di pentas saingan Asia’s Got Talent. Kemampuan peserta dari Malaysia ini mengejutkan para juri dalam pengiraan angka tanpa menggunakan kalkulator sekali gus digelar ‘Manusia Kalkulator’.

Menerusi laporan Metro, Yaashwin berusia 16 tahun itu mengakui perjalanan untuk ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah dan bersyukur bakatnya itu mampu membuka mata pengundi dan melayakkan dia membuat persembahan di pentas Final Asia’s Got Talent.

Persembahan di Final Asia’s Got Talent

https://www.facebook.com/axnasia/videos/273510886676514/UzpfSTEwMDAwMzIwMDEzODkxNDoyMTE0NDY5MzY1MzM2Mzgx/

Menerusi Facebook AXN Asia ini menyaksikan persembahan hebat yang telah dipersembahkan Yaashwin. Kali ini dia menunjukkan kebolehannya meneka hari pada tarikh dan tahun yang disediakan krew produksi.

Selain itu, dia turut mempersembahkan persembahan mengira angka matematik dengan pantas pada paparan skrin. Soalan yang sukar dan mencabar minda itu mampu diselesaikan peserta ini sekali gus memberi kejutan kepada tiga juri tetap, David Foster, Anggun dan Jay Park serta penonton.

Hasil bantuan pengundi

Perjalanan saya dari peringkat uji bakat, separuh akhir, hingga ke pentas akhir adalah hasil bantuan pengundi. Syukur mereka memberi kepercayaan terhadap perjuangan saya.

Dapat beraksi di pentas akhir pun ibarat satu kemenangan untuk saya. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini apatah lagi sebagai wakil Malaysia yang pertama kali dapat berbuat demikian.

Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam membawa saya ke tahap ini. Saya sudah cukup bangga untuk membawa nama Malaysia sendiri.

Bercita-cita ke Britain’s Got Talent

Bagaimanapun, ‘Manusia Kalkulator’ ini turut menyimpan niat untuk menyertai Britain’s Got Talent pula. Dia ingin buktikan bakatnya itu dapat ditonton jutaan penonton di seluruh dunia.

Saya tidak akan berhenti di sini. Saya memang menyimpan cita-cita untuk bertanding ke tahap yang lebih tinggi iaitu Britain’s Got Talent (BGT). BGT adalah pelopor awal untuk program pencarian bakat sebegitu dan jenamanya jauh lebih tinggi. Disebabkan itulah suatu hari nanti, saya berharap akan dapat mempersembahkan bakat saya di sana pula.

Program itu menjadi ikutan jutaan orang di seluruh dunia. Pastinya ia satu pentas yang sangat besar dan saya teringin cuba nasib di sana pula.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×