berita

Persembahan Lincah & Bertenaga, Stacy Berjaya Curi Hati Dato M. Nasir Ungguli Immortal Songs

September 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Immortal Songs bagi episod keempat menampilkan karyawan iaitu Dato M. Nasir dan penyanyi lain yang turut terlibat termasuk Yonny Boii, Shiha Zikir, Zizi Kirana, Stacy, Sufian Suhaimi dan Haikal Farid. Kesemua mereka ini mempersembahkan lagu-lagu lagenda dari M. Nasir yang diubah semula susunan muzik.

Artikel berkaitan: ‘Vokal Dipuji, Penghayatan Yang Mantap’ – Giliran Azmi Tunjuk Taring Di Immortal Songs

Episod kali ini menyaksikan persembahan Stacy yang cukup bertenaga itu menjuarai dan berjaya menambat hati Dato M. Nasir. Masih lincah Stacy menari sambil menyanyi!

Stacy juara episod 4

Dalam episod keempat ini menyaksikan persembahan dan susunan semula lagu terbaik dinobatkan kepada Stacy. Lagu Mustika dipertaruhkan oleh penyanyi wanita ini dengan meraih markah sebanyak 722 meninggalkan penyanyi yang lain. Mustika dibawa dengan cara dan style tersendiri daripada Stacy. Antara penyanyi yang turut bersaing dalam episod Dato M. Nasir ialah Haikal Farid, Shiha Zikir, Yonny Boii, Sufian Suhaimi dan Zizi Kirana.

Walaubagaimanapun, persembahan Stacy itu dikritik Dato M. Nasir mengenai key nyanyian yang dianggap sesuai semasa nyanyian live.

Tapi bagaimanapun overall memang fresh dan best.

Kedudukan markah

Manakala kedudukan markah bagi episod sifu Dato M. Nasir memperlihatkan kedudukan Stacy di tempat pertama dengan mengumpul 722 markah diikuti dengan nyanyian daripada Haikal Farid di tempat kedua dan ketiga ialah persembahan daripada Shiha Zikir.

Yonny Boii dengan markah 626 di tempat keempat diikuti rapat Sufian Suhaimi dengan 620 markah dan terakhir ialah Zizi Kirana hanya 533 markah sahaja.

Episod penuh M. Nasir

Buat peminat rancangan Immortal Songs ini, anda boleh menilai dan menyokong persembahan penyanyi kegemaran dari rumah saja. Caranya mudah iaitu anda boleh hantar undian persembahan kegemaran melalui laman web www.xtra.com.my/immortalsongs di antara jam 9.00 malam hingga 10.30 malam sepanjang episod Immortal Songs tengah bersiaran.

Sumber: TV9MalaysiaOfficial

SKIP THIS AD ×