berita

Persoal Penggunaan Ventilator Rawat Pesakit Covid-19, Doktor Ajak Golongan Ini Bersemuka

May 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Seorang Doktor Pakar Perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenali sebagai Doktor Ahmad Zikimi Abdullah menerusi satu status di Facebook, menjemput beberapa pengguna Facebook yang mempertikaikan penggunaan ventilator bagi merawat pesakit Covid-19.

Kenapa mesti ditidurkan?

Foto: Ahmad Zikimi Abdullah

Difahamkan, seorang pengguna Facebook telah mempersoalkan tindakan pasukan perubatan yang mengambil keputusan untuk menggunakan ventilator yakni bantuan pernafasan terhadap pesakit Covid-19 . Pada masa yang sama, dia turut mendakwa tindakan yang diambil itu secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan seseorang dan boleh menyebabkan kematian

Tidak berakhir di situ, dia (pengguna Facebook) turut melampirkan beberapa bukti bagi menguatkan lagi teori-teori yang dikemukakan olehnya. Susulan daripada itu, Doktor Ahmad Zikimi berhasrat untuk menjawab segala persoalan-persoalan mereka dan membincangkan secara ilmiah mengenai keperluan intubasi ini.

Sesi ini, secara tidak langsung akan memberi pencerahan kepada orang ramai yang masih meragui setiap rawatan yang telah diberikan oleh pihak KKM.

Surat jemputan terbuka

Foto: Ahmad Zikimi Abdullah

Ujar Doktor Ahmad lagi, ketika perbincangan menerusi Facebook live itu dia membenarkan individu-individu ini untuk membuat carian di Google mengenai topik yang dibincangkan.

Saya seperti nama di atas ingin menjemput Puan ******** atau mana-mana rakan seperti yang membuat status di bawah untuk menyertai saya dalam soal jawab tentang ‘Respiratory Physiology’ dan Ventilator di Facebook live. Kita sama-sama lakukan secara ilmiah.

Kalian dibenarkan men’google’ semasa sesi soal jawab live tersebut. Kita tengok bagaimana ilmu kecerdikan kalian. Kerjasama dan perhatian pihak puan dalam jemputan ini amat saya hargai dan diucapkan terima kasih. Amacam? Ada berani sahut cabaran ini?’

Sumber: Ahmad Zikimi Abdullah

SKIP THIS AD ×