Pendakwah selebriti, PU Syed memuat naik sebuah poster dan tangkap layar dari Twitter berhubung pesta seks yang bakal dianjurkan.
Artikel Berkaitan: ‘Alasan Buka Tudung Sebab Tak Nak Hipokrit Adalah Standard Pemikiran Liberal & Sesat’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: Kritik Blackpink, PU Syed Terima Ugutan Bunuh – ‘Siap Kau, Pistol Dah Beli’
‘Semakin hari semakin melampau’
Menerusi perkongsian tersebut di Instagram (IG), PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak mendesak agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap penganjuran pesta tersebut.
Difahamkan acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 20 Jun hadapan di negeri Johor.
Semakin hari semakin melampau!!! Pesta seks nak dianjurkan!!
Saya mohon pihak berwajib di Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor Bahru, Jabatan Mufti Johor Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pantau penganjuran yang bakal dibuat pada 20 Jun ini.
Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru agar tindakan undang-undang diambil bagi mengekang perkara tersebut.
Saya diberi maklum sedang meriah dalam Twitter golongan dajjal ini sedang merancang acara maksiat ini di Johor nanti.
Wajib gagalkan dan cari siapakah penganjur ini dan kenakan tindakan undang-undang. Sahabat-sahabat di Johor suarakan bantahan kalian!
Sumber: Instagram