Hampir setiap dari kita mengalami pengalaman tercekik tulang ikan pada bahagian kerongkong. Malah, ramai tidak tahu cara yang betul untuk mengeluarkan tulang ikan itu. Bahaya sekiranya tulang ikan itu dibiarkan begitu lama dan boleh mengundang kepada kematian.
Dr. Shaiful Nizam kongsi beberapa petua buat anda sekiranya tercekik tulang ikan pada kerongkong. Anda juga dinasihatkan segera berjumpa doktor sekiranya keadaan menjadi semakin teruk.
Jangan panik
1) JANGAN PANIK
– Kes terlekat tulang ikan sangat normal dijumpai. Makanya tidak perlu malu untuk datang berjumpa Doktor bagi mendapatkan rawatan terperinci. (Bukan gelojoh, dah benda nak jadi, nak buat macam mana ??)
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 17, 2018
Segera ke hospital
3) RAWATAN
– Segera ke Hospital terdekat. Jika tulang itu hanya tersangkut di kawasan tonsil dan nampak, kebiasaanya dapat dikeluarkan oleh Doktor tanpa perlu rujukan ke Hospital Pakar ENT.
– Jika tidak nampak, anda akan dirujuk kepada Hosp Pakar ENT.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 17, 2018
Jangan sesekali guna jari
4) PETUA…??
– Andai kesemua petua sudah dilakukan (kepal nasi, makan pisang, campur garam dll) tetapi masih ada gejala, SEGERA ke HOSPITAL.!!
– JANGAN sesekali gunakan JARI anda untuk KOREK tulang kerana berisiko untuk tambah kecederaan & tulang tertanam ke dalam tisu tekak.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 17, 2018
Boleh menyebabkan jangkitan kuman
6) DOA
– Kita sihat dan sakit adalah ketentuan Allah. Maka sentiasalah berdoa agar diberi kesihatan yang baik.
Andai bermanfaat, KONGSIKAN..!!
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 17, 2018
Dr. Shaiful Nizam berkongsi beberapa petua sekiranya anda mengalami situasi demikian. Tulang ikan yang terlekat pada bahagian kerongkong boleh menyebabkan komplikasi teruk pada kerongkong anda. Ianya juga boleh menyebabkan kewujudan nanah pada sekitar farinks menjadi bengkak.
Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera dan tidak digalakkan kesakitan itu berlarutan.
Boleh mengundang kematian
Sementara itu, seorang doktor pakar bedah dari China, Dr. Xu Siwei pernah menyelamatkan 4 nyawa penduduk di negara China yang tercekik tulang ikan melalui pembedahan. Tercekik tulang ikan pada kerongkong ini juga boleh mengundang kepada kematian.
Tahukah anda, kaedah tradisional seperti minum air masak, berkumur dengan cuka, makan kuning telur dan menggunakan kaedah kepal nasi adalah cara yang tidak disyorkan. Kaedah ini akan menyebabkan kerongkong anda bertukar menjadi kemerahan hingga bengkak dan bernanah.
Apa yang perlu anda lakukan adalah periksa terlebih dahulu keberadaan dan kedalaman tulang ikan itu. Sekiranya tidak begitu dalam, anda boleh menariknya keluar menggunakan pin. Segera berjumpa doktor sekiranya masih gagal untuk dikeluarkan dari kerongkong anda.
Sumber: Dr Shaiful, Dr Xu Siwei