berita

Foto Kahwin Pemandu Van Jenazah Undang Perhatian, Simbolik Cinta #TillJannah

February 13th, 2019 | by Ai
Kini Trending

tema photoshoot

Pasangan pengantin era kini mempunyai pelbagai idea untuk merakamkan momen-momen mereka ketika berkahwin. Rata-ratanya memang kreatif! Biasanya, selesai majlis, akan ada sesi photoshoot ‘outdoor’ yang akan dilakukan di lokasi yang dipilih. Mereka akan memilih lokasi yang paling cantik berdasarkan tema-tema tertentu bagi mendapatkan foto yang cantik untuk diabadikan sebagai kenangan pada hari perkahwinan.

Baru-baru ini, telah viral di media sosial, gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi photografi bersama sebuah van jenazah. Idea yang unik kan?

Ada cerita disebalik van jenazah

tema photoshoot

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan pengantin yang bernama Mohd Humaidi Asraf Hassan, 24 tahun dan Khairunnisa Mohd Zaki, 22 tahun memilih melakukan sesi fotografi bersama van jenazah adalah impiannya.

Memang niat saya nak ambil gambar kahwin disamping van jenazah. Jika orang lain sibuk ke tepi pantai dan mencari lokasi menarik yang lain, saya hanya tumpukan kepada van jenazah.

Gambar berkenaan sebenarnya dirakam sejak enam bulan lalu tetapi sekarang baru jurufoto serahkan kepada kami.

Van jenazah sebagai simbolik

tema photoshoot

Sebenarnya, Humaidi memilih van jenazah kerana dia bekerja membawa van jenazah sejak 10 tahun lalu.

Gambar ini sebenarnya sebagai simbolik kepada pekerjaan saya. Saya memang minat pekerjaan ini sejak kecil lagi yang pada awalnya hanya menolong dan menemani ayah dan selepas itu saya mengambil alih sepenuhnya.

Kerja ini juga perlu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan bila-bila masa sahaja kematian boleh berlaku.

Ingatkan orang ramai kepada kematian

tema photoshoot

Humaidi juga tidak menyangka perkongsian gambar mereka menjadi viral dan mendapat reaksi positif daripada netizen. Ada dalam kalangan netizen yang memberi respon bahawa gambar tersebut mengingatkan mereka kepada kematian.

Terkejut juga lihat ramai netizen berikan reaksi positif sebaik sahaja gambar itu dimuat naik. Malah ramai yang memuji kerana mereka rasakan gambar itu kreatif dan ingatkan orang ramai kepada kematian.

Respon netizen

tema photoshoot

Sumber: Serah Mayat , Sinar Harian

SKIP THIS AD ×