berita

AFF Suzuki Cup : KJ Minta Penyokong Malaysia Berhati-Hati Di Hanoi

December 9th, 2014 | by Wan
Kini Trending

gaduh3

Kata orang, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Kerana perangai segelintir penyokong yang tidak bertamadun, habis semua orang terpalit dengan kontroversi ini. Mana tidaknya, insiden yang memalukan ini melibatkan nyawa penyokong Vietnam. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka, confirm kita pun akan marah.

1. KJ Jamin Keselamatan Penyokong Malaysia Ke Vietnam

kj

Semalam, hasil pertemuan Khairy Jamaluddin dengan Duta Vietnam ke Malaysia Pham Cao Phong, penyokong skuad kebangsaan yang ingin ke Hanoi menjelang perlawanan separuh kedua nanti boleh menarik nafas lega kerana mereka akan dilindungi oleh pihak berkuasa di sana.

Bagaimanapun, KJ juga meminta peminat Malaysia yang pergi ke Hanoi supaya lebih berhati-hati, bersikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab semasa berada di sana.

2. Web Digodam, FAM Bakal Didenda AFF

HAMIDIN

Akibat daripada insiden beberapa samseng tempatan menyerang peminat Vietnam di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu, laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah diceroboh dan ditutup buat sementara waktu.

pakai

Terdahulu, pihak FAM telah pun memohon maaf kepada Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) dan mungkin berdepan hukuman berat Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) berikutan insiden terbabit.

3. Ancaman Bunuh Daripada Rakyat Vietnam

ugut

Walaupun telah memohon maaf kepada Vietnam, insiden ini menimbulkan kekesalan rakyat Vietnam terhadap sistem keselamatan di Stadium Shah Alam.

vie1

vie3

vie6

Tidak cukup dengan itu, malah ada antara mereka  bertindak menyerang beberapa page di laman Facebook seperti HarimauMalaysia, Sukan Star dan Safiq Rahim. Lebih membimbangkan, ugutan bunuh juga telah dilaungkan kepada penyokong Malaysia yang bakal ke Vietnam Khamis nanti.

4. PBNJ Haramkan IJF

tmj

Ekoran daripada kejadian terbabit, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang digelar Inter Johor Firms (IJF) yang dikatakan dalang kepada insiden pergaduhan di Stadium Shah Alam.

Tindakan tegas PBNJ itu dibuat selepas mendapat persetujuan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim  yang begitu lantang mengutuk apa juga keganasan dalam kalangan penyokong sekali gus boleh mencemar imej bola sepak Johor.

SKIP THIS AD ×