berita

Pihak Itu Bukannya Orang Biasa – Neelofa Jawab Isu Kahwin Kerabat

January 29th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

satu

Pertengahan tahun lalu, penghijrahan Neelofa untuk tampil berhijab mendapat reaksi positif daripada peminat. Selang beberapa bulan kemudian, timbul gosip mengatakan Neelofa bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja.

Artikel Berkaitan :

Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil memberikan penjelasan berhubung isu kahwin kerabat. Apa pula jawapan Neelofa kali ini ya?

Sukar Beri Penjelasan

logg

Memetik laporan Mangga Online, Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu ini kerana sedar ianya melibatkan kerabat. Kalau tersalah cakap, lain pula jadinya kan?

Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.

Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini.

Pengajaran Yang Baik Buat Ameera

Screen Shot 2015-01-28 at 22.27.09

Berhubung kontroversi adiknya, Ameera yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan komen Instagram, Neelofa sudah menasihatinya.

Sebenarnya, tak adil juga untuk adik saya apabila berterusan dikecam kerana dia bukan artis dan dia baru berumur 14 tahun.

Semasa gambar saya dengan Maulana itu mendapat komen-komen negatif daripada followers Instagram saya, adik saya ada suarakan rasa tidak puas hatinya. Tapi saya suruh dia diamkan saja perkara itu.

Namun, dia tetap hendak memberi komennya. Nampaknya, selepas itu, dia pula yang kena hentam teruk sehingga menyebabkan dia pula yang trauma.

Bagaimanapun, pengalaman itu menjadi satu pengajaran yang baik untuk dia.

Budaya Masyarakat Pakistan

URDU

Pada masa sama Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Sebenarnya, ia adalah gambar candid yang diambil semasa saya menghadiri majlis perkahwinan saudara saya. Ramailah keluarga saya dari Kelantan dan Pakistan yang hadir.

Kebetulan, Maulana itu adalah saudara kepada pakcik saya. Dia datang dari Pakistan dan bercakap dalam bahasa Urdu dengan pakcik saya. Ada juga keluarga saya yang boleh berbahasa Urdu. Saya tidak faham sangat bahasa Urdu.

Apabila Maulana itu berjumpa sanak saudara kami, dia akan meletakkan tangannya di atas kepala kami sambil mengucapkan kata-kata ‘Meri beti’ (bermaksud My daughter).

 

SKIP THIS AD ×