Tiada angin tiada ribut, penyanyi rap sensasi, Caprice mengejutkan ramai selepas selamat disatukan dengan pasangan pilihan hati iaitu Farra. Rata-rata wargamaya terkejut dengan berita gembira ini sedangkan Caprice sebelum ini, sama sekali tidak memberikan sebarang petunjuk untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Video ‘Hari Bahagia’ Di IG, Caprice Kahwin Dengan Janda Anak Satu? – ‘Nanti Saya Ceritakan Apa Yang Berlaku’
Artikel Berkaitan: Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri
Difahamkan, wanita pilihan Caprice itu berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.
‘Jangan terlalu benci’
Rata-rata netizen turut teruja dengan kisah gembira yang dikongsikan oleh Caprice dan mendoakan supaya perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Bagaimanapun, menerusi satu tweet yang dikongsi seorang lelaki dikatakan sempat ‘memerli’ Caprice berikutan memilih wanita Kelantan sebagai calon pilihan hati.
Ujar individu berkenaan, kita tidak boleh terlampau membenci seseorang dan takut perkara tersebut akan ‘memakan’ diri sendiri.
Sebab itu jangan terlalu benci. Nanti lama-lama suka.
Kait kisah lama
Difahamkan, ciapan tersebut dikaitkan dengan tindakan Caprice pada tahun 2019, di mana dia didakwa membuat kenyataan menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris apabila pendakwah terkenal, Zakir Naik hadir memberikan ceramah di negeri itu. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Kelantan Prihatin kepada pemilik nama Ariz Ramli.
Saya melihat rakaman penyiaran video dibuat di Instagram yang mengkritik kehadiran begitu ramai penduduk Kelantan pada program penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV. Kenyataan yang dibuat menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan
Pada ruangan komen, penyanyi berkenaan mengeluarkan komen yang menghina dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedophilia (kecenderungan seks kepada kanak-kanak).
Kisah tersebut berakhir, susulan tindakan Caprice yang memohon maaf kepada rakyat Kelantan menerusi platfom Instagramnya. Terdahulu, Caprice dilihat memuat naik video perkahwinannya di Instagram dan memperkenalkan isterinya kepada umum.
Sumber: Twitter & Harian Metro