berita

PKP: Ramai Pengusaha Kedai Makan Ambil Keputusan Tutup Kedai Terus, Tak Mampu Tampung Kos

January 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peniaga dan pengusaha restoran mula berasa risau mengenai nasib yang bakal menimpa mereka.

Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Artikel berkaitan: ‘Mereka Yang Sudah Beli Tiket Penerbangan & Bas Ekspres Boleh Pulang’ – MKN

Artikel berkaitan: Muat Turun Borang Permit Pergerakan PKP, PKPB Sebelum Rentas Negeri

Bahkan, ada yang mengambil jalan terakhir iaitu menutup perniagaan yang diusahakan kerana ‘takut’ tidak dapat menampung semula kos seandainya perniagaan tersebut masih diteruskan. Di Facebook Page Makaner, berkongsi nasib yang menimpa para peniaga di pasar raya sebelum PKP bermula hari ini.

Belum kena batang hidung sendiri

Seronoknya PKP. Ada segelintir yang suka PKP ni. Bagi yang belum kena atas batang hidung sendiri, sila lah bersuka ria dan bersiap-siap nak balik sambung cuti atau ‘WKP’. Ni saya share gambar-gambar rakan-rakan yang sama-sama berniaga. Ada yang buka kedai makan, ada yang berniaga dalam mall dan lain-lain. Semua gambar terkini. Yang gambar kedai mula-mula tu adalah rakan peniaga yang berjiran dengan kedai saya di KL, yang lain kosong tu dekat The Curve, Damansara dan Midvalley food court. Ada kedai member. Antara ayat yang menyayat hati dari member saya “bro, i’m done..” Seronok ya PKP. Ni yang duduk dekat MAEPS tu pun ada juga yang jenis suka complain sana sini. Hang ingat hang duduk dalam hotel ka atau orang berlagak kayangan.

Menurut Facebook Page Makaner, sesetengah individu dipercayai berasa seronok sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan PKP bakal dilaksanakan. Namun, tidak bagi mereka yang berniaga di pasar raya terkemuka. Jelasnya lagi, hampir semua kedai kawan-kawannya di Kuala Lumpur, Damansara dan Midvalley terpaksa ditutup.

Ini kerana, jumlah pengunjung mahupun pembeli yang membeli makanan dan barangan di kedai-kedai tersebut berkurang terutama musim PKP ini. Makaner turut berkongsi beberapa foto dan situasi semasa kedai rakan-rakanya sebelum PKP hari ini. Ternyata persekitaran di pasar raya kesemua pasar raya tersebut turut lenggang.

Tewas juga akhirnya

Di ruangan komen, beberapa individu berkongsi kisah bahawa mereka juga menghadapi nasib yang sama. Malah, mereka turut berharap ada rezeki baru yang bakal muncul selepas pandemik Covid-19 ini.

Sumber: Makaner

SKIP THIS AD ×