berita

PKP: Taska Di Bawah JKM Dibenarkan Untuk Beroperasi

January 13th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Susulan daripada pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa hari ini, pasti mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa yang selalu menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau taska.

Artikel berkaitan: PKP: Ramai Pengusaha Kedai Makan Ambil Keputusan Tutup Kedai Terus, Tak Mampu Tampung Kos

Artikel berkaitan: PKP: Majlis Akad Nikah ‘Video Call’ Di Selangor

Artikel berkaitan: Pejabat Agama Sesak, Ramai Pasangan Nikah ‘Last Minute’ Sebelum PKP

Terbaru, menerusi kenyataan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

Beroperasi dengan mematuhi SOP

Foto: Suara Sarawak

Menurut kenyataan tersebut, pihak Kementerian juga mengingatkan kepada semua pengusaha taska untuk memaklumkan kepada pihak JKM mengenai rancangan untuk beroperasi.

Pengusaha taska yang beroperasi di premis-premis Kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Negeri harus memohon kebenaran daripada Kementerian dan Agensi berkaitan terlebih dahulu.

Selaras dengan kenyataan tersebut, kebenaran pengoperasian Taska diwajibkan untuk mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh KPWKM dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Kementerian juga akan mempertingkatkan pemantauan terhadap kesemua taska berdaftar yang beroperasi semasa PKP ini.

Sehubungan dengan itu, tindakan itu bagi memastikan kesemua taska mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: KPWKM.

 

SKIP THIS AD ×