berita

PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani

August 18th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Berita peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari nyata menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia. Muhyiddin dalam satu kenyataan mengakui hilang sokongan majoriti di parlimen dan terpaksa meletakkan jawatan mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Sejurus peletakan jawatan itu, teka-teka siapakah calon Perdana Menteri baharu terus hangat diperkatakan. Namun media melaporkan semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Fokus isu yang lebih besar

Bercakap kepada FMT, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap polemik pelantikan Perdana Menteri baharu ini dapat diselesaikan dengan segera agar fokus untuk memulihkan ekonomi negara boleh diteruskan.

Jumlah pengangguran meningkat, gaji serta jumlah pendapatan isi rumah menjunam  dan penggunaan dan pelaburan semakin perlahan. Kita kena atasi semua ini dengan cepat.

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, amat sukar untuk negara kembali pulih dan maju ke hadapan jika masalah pada ketika ini tidak diatasi dengan segera.

Individu yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri nanti seharusnya tidak memiliki cita-cita politik yang terlalu tinggi melebihi tempoh penggal parlimen yang ada. Beliau juga berharap semua pemimpin politik yang dipilih nanti mengutamakan pembangunan negara berbanding ideologi parti dan cita-cita peribadi.

Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pentadbiran baru yang bakal dibentuk nanti perlu memberi tumpuan kepada empat perkara iaitu pandemik Covid-19, kesihatan dan kebajikan rakyat, perbelanjaan negara dan menyemarakkan ekonomi.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×