berita

Polis & DBKL Arah Peserta ‘Occupy UM’ Roboh Khemah

December 12th, 2014 | by Wan
Kini Trending

um
Selepas sejam rundingan diadakan di antara penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mahasiswa yang menyertai ‘Occupy UM’, para peserta akur dan setuju menurunkan tujuh khemah yang didirikan dan lapan kain rentang yang dipasang sekitar kawasan itu.

Terdahulu, sepasukan anggota polis dan penguatkuasa DBKL muncul di hadapan pintu masuk Universiti Malaya (UM) kira-kira jam 3 petang semalam bagi menggempur tapak perkhemahan ‘Occupy UM’.

roboh

Bantahan yang dilakukan oleh segelintir peserta ini ekoran daripada tanda protes terhadap hukuman yang dikenakan terhadap lapan mahasiswa UM sebelum ini yang menganjurkan program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Walaupun diarah untuk merobohkan khemah, sekumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul sekitar kawasan depan pintu masuk UM pada lewat petang, mendesak agar UM menarik balik hukuman ke atas mahasiswa yang dikenakan tindakan.

um2

Gagal Serah Memorandum

Hajat para pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) untuk menyerahkan memorandum mengenai kumpulan ‘UM8’ kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga canselor UM pada hari ini tidak berjaya.

Para pemimpin pelajar tersebut yang diketuai presiden PMUM , Ammar Atan berkata mereka cuba menghadap Sultan Nazrin beberapa kali namun tetap digagalkan oleh pasukan keselamatan UM.

Sumber : MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×