berita

Polis Pula Yang Kena Usung…

October 14th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang bapa tergamak bertindak membunuh anak kandungnya sendiri yang baru sahaja berusia 8 bulan. Menurut laporan, suspek dipercayai telah ‘taksub’ dan mengikut ajaran sesat sehingga bertindak diluar kawalan.

Artikel berkaitan: ‘Tak Buka Mulut, Hanya Berzikir’ – Dakwa Dengar Suara Malaikat, Bapa Bunuh Anak Mungkin Ikut Ajaran Sesat

Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia, suspek yang merupakan seorang pekebun itu terpaksa diusung beberapa anggota polis untuk dihadapkan ke bilik perbicaraan Mahkamah Majistret.

Enggan keluar dari kereta polis

Suspek berusia 40 tahun yang dituduh membunuh anak kandungnya sendiri itu enggan keluar dari kenderaan polis. Sehinggakan beberapa anggota polis mengusung suspek keluar untuk dibicarakan di mahkamah.

Sebaik sahaja kereta polis yang dinaiki suspek tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi tadi, suspek berkeras tidak mahu keluar dari kenderaan tersebut. Dia mula kelihatan membaca pelbagai surah Al-Quran dengan alasan untuk berdoa.

Direman seminggu

Selepas mendengar perbicaraan dan permohonan dari pihak polis, Majistret Mohd Dinie Shazwan menjatuhkan hukuman tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan. Tahanan reman tersebut berkuatkuasa selama seminggu sehingga Selasa hadapan.

Sumber: Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×