berita

‘Tak Buka Mulut, Hanya Berzikir’ – Dakwa Dengar Suara Malaikat, Bapa Bunuh Anak Mungkin Ikut Ajaran Sesat

October 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, seorang bapa berusia 40 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai membunuh anak kandungnya yang baru berusia lapan bulan.

Artikel Berkaitan: Bapa Bunuh Bayi 8 Bulan, Mayat Dilumur Garam Kasar & ‘Disumbat’ Ke Dalam Guni

Terbaru, Berita Harian melaporkan suspek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ilmu ajaran sesat.

Ujian air kencing negatif

Suspek sebelum ini yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental telah membunuh anak kandungnya dan melumur badan mangsa dengan garam kasar sebelum disumbat ke dalam guni. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, melihat daripada cara pembunuhan tersebut dan halusinasi yang dialami, kemungkinan suspek terlibat dalam ilmu ajaran sesat.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan kimia untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar suspek.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif.

Suspek berhalusinasi

Pihak polis cuba mengambil keterangan, tetapi suspek langsung tidak membuka mulut memberi kenyataan sebaliknya hanya berzikir. Lebih mengejutkan apabila suspek memberitahu sebelum pembunuhan itu berlaku, dia mendengar suara ‘malaikat’.

Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.

Hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek dan isterinya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×