berita

Polis Siasat Keluarga ‘Besar’ Selebriti Ziarah Raya, Disyaki Tak Tinggal Sebumbung

May 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umum mengetahui pihak kerajaan sebelum ini, telah memaklumkan aktiviti menziarahi Hari Raya Aidilfitri sama sekali tidak dibenarkan. Bahkan, mana-mana individu juga sama sekali tidak boleh merentas daerah mahupun negeri dan perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: Viral Foto Ziarah Suami Ketika Bertugas SJR, Wanita Dikompaun RM2k

Artikel Berkaitan: Ziarah Hari Raya, 10 Orang Termasuk Tuan Rumah Kena Kompaun RM2k Seorang

Artikel Berkaitan: Jemput Anggota Masuk Makan Juadah Raya, Bekas Pegawai Polis Disiasat

Susulan daripada itu lapor Harian Metro, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga selebriti yang didakwa berziarah pada sambutan Aidilfitri. Keluarga selebriti tersebut bagaimanapun dipercayai telah melanggar SOP yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto tular di media sosial

Foto: Selebriti bersama ahli keluarga

Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, pihaknya mengesan gambar berkenaan setelah ianya tular di media sosial dan portal.

Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang.

Majlis berkenaan dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti ziarah hari raya. Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil semua yang terbabit untuk memberikan keterangan.

Difahamkan selebriti tersebut merupakan bekas pasangan suami isteri yang masih mengekalkan hubungan baik walaupun telah berpisah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×