berita

Viral Foto Ziarah Suami Ketika Bertugas SJR, Wanita Dikompaun RM2k

May 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Facebook

Sebelum ini, tular sekeping foto yang memaparkan seorang wanita bersama tiga anaknya yang dipercayai menziarah suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya.

Artikel Berkaitan: Ziarah Hari Raya, 10 Orang Termasuk Tuan Rumah Kena Kompaun RM2k Seorang

Artikel Berkaitan: Jemput Anggota Masuk Makan Juadah Raya, Bekas Pegawai Polis Disiasat

Hasil soal siasat yang dijalankan, anggota tersebut bersama keluarganya tinggal di daerah Putrajaya.

Isteri dikompaun

Foto: Facebook

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, menjelaskan wanita itu sudah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar  kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali foto yang tular itu secara tidak langsung menyebabkan pihak polis menerima pelbagai respon daripada netizen.

Isteri dan anak-anak anggota terbabit datang menaiki dua kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi itu.

Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza.

Susulan daripada itu kompaun telah dikeluarkan ke atas isteri anggota terbabit mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021] kerana melanggar SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.

Pada awalnya, perbuatan itu dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada hari raya atau pun hari biasa.

Kenyataan media

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya & Facebook

SKIP THIS AD ×