Pihak polis meminta pelakon, Lufya Omar memberi kerjasama bagi membantu siasatan lanjut dakwaan lelaki yang cuba menculik anak perempuannya pada 26 julai lalu.
Artikel berkaitan: Anak Hampir Diculik, Lufya Nafi Sengaja Cipta Kontroversi Sebab Nak ‘Promote’ Drama
Artikel berkaitan : Bekas Suami Lufya Nafi Cuba Culik Anak Sendiri – ‘Saya Bukan Jenis Berdendam’
Artikel berkaitan : Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Kena Pukul Dengan Batang Kayu
Masih tunggu kerjasama
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, pihak polis perlu mengambil keterangan daripada Laana Haura.
Polis sudah menghubungi wanita berkenaan untuk hadir bagi mengambil maklumat berhubung kejadian. Kita masih menunggu kerjasama daripada beliau. Bukan dia tidak mahu mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan kerjasama dari dia.
Tambah Fakhrudin, pihaknya akan mengeluarkan fotofit milik suspek untuk hebahan awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara. Lufya meluahkan rasa syukur anaknya berada dalam keadaan selamat, namun dirinya mengalami kecederaan di bahagian muka. Lufya mendakwa suspek telah memukulnya menggunakan batang kayu.
Sumber: Harian Metro