berita

Polis Yakin Mayat Perempuan Berkulit Putih Yang Ditemui Adalah Nora Anne

August 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Awal bulan ini kecoh tentang seorang gadis warganegara Ireland yang hilang dari bilik penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, Seremban. Menurut adik mangsa, kakaknya itu keluar sendiri melalui tingkap dan usaha mencari dan menyelamatnya (SAR) giat dijalankan.

Terbaru, menerusi Harian Metro, polis telah menemui satu mayat di Gunung Berumbun berhampiran resort yang diduduki mangsa. Pihak polis turut yakin bahawa mayat berkenaan milik gadis Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak awal bulan ini.

Mayat tidak berpakaian

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, mayat tersebut dijumpai oleh sekumpulan pendaki yang turut serta dalam operasi SAR berkenaan.

Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Mayat wanita itu ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi sebelum melaporkannya kepada polis seterusnya unit forensik bergegas ke lokasi bersama pasukan patologi dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Tunggu hasil bedah siasat

Mayat berkenaan dibawa ke HTJ menggunakan helikopter kerana kawasannya ditemui adalah lurah sedalam kira-kira 1.2 kilometer.

Pihak keluarga sudah dimaklumkan dan dibawa ke HTJ untuk proses pengecaman. Bagaimanapun, polis yakin mayat berkenaan adalah Nora Anne.

Pihak polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat terlebih dahulu untuk memberi sebarang kenyataan lebih lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×