Gambar sekadar hiasan
Tular di Twitter, seorang individu mendakwa sekumpulan wanita transgender enggan keluar dari tandas wanita sehingga mengganggu keselesaan kaum hawa.
Artikel Berkaitan: Pondan Panjat Tiang & Tayang Payudara Ditangkap Polis
Artikel Berkaitan: ‘From Pondan Bestie To Forever Husband’
Demi aurat
Gambar sekadar hiasan
Menerusi ciapan di Twitter, seorang wanita mendakwa dia dan rakannya yang berniqab pernah berdepan dengan sekumpulan transgender semasa rakannya itu mahu membetulkan rambut di dalam tandas.
Saya dengan sopan bertanya kepada sekumpulan wanita transgender supaya mereka keluar dari tandas sebentar kerana kawan saya yang berniqab mahu menanggalkan tudung untuk membetulkan sanggul rambutnya.
Saya memohon maaf berulang kali terlebih dahulu kepada mereka, dengan harapan dia tidak tersalah anggap. Malah saya juga memberitahunya bahawa kami akan melakukannya dengan cepat iaitu kurang daripada tiga minit.
Walau bagaimanapun, kumpulan transgender berkenaan masih berdegil dan bertikam lidah dengan wanita tersebut.
Sebelum saya memintanya keluar, saya menunggu mereka sehingga selesai membetulkan solekan mereka. Sebaik sahaja mereka selesai, mereka sempat berswafoto di hadapan cermin.
Saya bercakap tentang kawan saya yang menjaga auratnya. Awak boleh menukar jantina awak berkali-kali, tetapi jika awak lahir sebagai seorang lelaki, awak adalah lelaki. Aurat kita ada batas. Awak tidak sepatutnya masuk tandas lelaki.
Lebih parah lagi, salah seorang transgender tersebut didakwa bertindak merakam dan berkelakuan biadab terhadap mereka sebelum keluar dari tandas itu.
Wanita berkenaan menyatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan hak wanita terutama untuk rakannya yang menitik beratkan tentang aurat dan dia mahu setiap wanita berasa selamat ketika berada dalam tandas perempuan.
Mengapa perlu ambil hak wanita? Kena tahu batas, terutamanya apabila anda adalah seorang Muslim.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyokong tindakan wanita tersebut kerana mempertahankan maruah dan aurat wanita. Dalam pada itu, mereka juga mengecam transgender tersebut dan menyifatkan mereka sebagai golongan yang menyusahkan kaum perempuan.
Sumber: Twitter