Pelakon, Atiq Azman sekali lagi menjadi perbualan netizen dek kerana menayang badan di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’
Artikel berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’
Artikel berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’
Artikel berkaitan: Sering Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Individu Mulut Celupar
Hampir 4 bulan
View this post on Instagram
Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah berkongsi sebuah video yang memaparkan perkembangan terkini mengenai susuk tubuh badannya yang sasa. Hampir empat bulan bersenam, Atiq dipercayai hampir mendapatkan bentuk badan idamannya.
Menjengah di ruangan komen, seorang individu telah mengimbas semula kenangan di mana Atiq pernah memadam foto yang mendedahkan auratnya ketika terlibat dalam kemalangan suatu masa dahulu.
Namun individu tersebut juga tidak menafikan ada kalanya iman seseorang ada naik turunnya, malah mendoakan pelakon ‘Nur’ ini terus kekal istiqamah.
Terdahulu, Atiq dituduh sebagai lelaki yang menyukai kaum sejenis (gay) oleh netizen. Berikutan daripada itu, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak suka dan benci dengan tuduhan sebegitu yang dianggap sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan dirinya.
Tambah Atiq, dia memang menentang habis-habisan kelompok itu (gay) lebih-lebih lagi apabila dia dituduh tergolong dalam kumpulan mereka.
Sumber: Atiq Azman