Selepas majlis pelancaran flagship terbaru HUAWEI P40 secara dalam talian di pasaran Malaysia semalam, HUAWEI terus memperkukuhkan rangkaian jenamanya dengan memperkenalkan model tablet terbaru, HUAWEI MatePad Pro.
Bagi kami, HUAWEI MatePad Pro merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kerana ciri-ciri yang dimilikinya setanding dengan telefon pintar siri Mate sehingga mendapat gelaran model tablet terbaik dalam dunia Android. Nak jadi yang pertama memilikinya? Korang boleh pra tempah kat SINI.
8 sebab korang tidak boleh hidup tanpa HUAWEI MatePad Pro
1. Peranti flagship dengan teknologi paling latest!
Berada dalam siri Mate, jadi tak hairanlah jika HUAWEI MatePad Pro berjaya menjadi model tablet terbaik ketika ini. MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8-inci dan paparan 16:10 body ultra nipis. Selain itu, ia turut mempunyai nisbah screen to body tertinggi di dunia pada kadar 90% dengan 4.9mm bezels ultra-sempit di sekitar paparan simetri (edge to edge).
HUAWEI MatePad Pro juga merupakan tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan ciri pengecasan berbalik (reverse wireless charging) di mana pengguna boleh menggunakan peranti lain yang menyokong pengecasan. Awesome wei!
2. Nikmati pengalaman baru dengan HUAWEI APP Multiplier
Melakukan pelbagai tugas dalam satu masa merupakan satu kebiasaanya pada masa sekarang. Kadang-kadang sampai terpaksa menggunakan 2 skrin atau 2 peranti dalam satu masa. Ini sebab mengapa HUAWEI memperkenalkan orientasi landskap dengan HUAWEI APP Multiplier pada HUAWEI MatePad Pro.
Tak seperti pecahan skrin tipikal, APP Multiplier adalah satu-satunya ciri dari peranti Android yang menawarkan pecahan skrin pada aplikasi yang sama. Dengan mod landskap, korang boleh memaparkan 2 maklumat yang berbeza pada skrin tablet korang. Paling menarik, kedua-dua skrin ini boleh beroperasi secara serentak dan boleh diselaraskan saiznya dengan menyeret ke kiri atau kanan.
3. Pengalaman interaktif baru dengan HUAWEI Share
Dengan menggunakan teknologi EMU10, HUAWEI Share membolehkan kolaborasi antara multiskrin. Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MatePad Pro dan telefon pintar HUAWEI korang berkongsi skrin, sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan tablet.
Melalui paparan pada skrin tablet, korang boleh mengawal dua skrin dalam satu masa. Manakala, menerusi paparan telefon pintar, korang boleh mengakses tablet dan mengawal papan kekunci, skrin dan bunyi. Ini pastinya mencipta pengalaman baru untuk korang.
4. Tonton drama dan video lucu dengan HUAWEI Video