Selain keluarga tersayang, sahabat juga antara insan yang paling memberi makna dalam hidup kita. Gurau senda dengan sabahat baik sememangnya sudah sebati dalam sesebuah hubungan persahabatan itu. Seperti kisah pengguna Twitter ini, Pasad ‘prank’ sahabatnya iaitu Hermy Rahim dengan mencetak sekeping tiket perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Indonesia bersaiz A3.
Tiket bola saiz A3
Nah aku printkan tiket bola @HermyRahim saiz A3. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA pic.twitter.com/K3jDvejWF8
— Pasad (@MOFASAD) November 19, 2019
Video yang dimuatnaik Pasad ini menyaksikan dia menghulur sekeping lipatan kertas kepada rakannya itu sebelum masuk pagar stadium. Lebih lucu lagi apabila Hermy Rahim membuka lipatan kertas tersebut dan terlihat cetakan tiket masuk ke perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia bertemu Indonesia yang bersaiz A3.
Tiket perlawanan yang bersaiz A3 itu kelihatan gagal scan kod siri sehinggakan Hermy Rahim mengeluarkan telefon bimbitnya bagi mendapatkan pas masuk ke stadium.
Inilah persahabatan kami
Nampak @HermyRahim tak maki teruk aku! Ni lah persahabatan Melaka dan Selangor! Siap suruh ambil gambar lagi! Hahahahahaha pic.twitter.com/kP0FSfUUSs
— Pasad (@MOFASAD) November 19, 2019
Dia turut mengakui cara mereka bergurau sesama sendiri sememangnya kelihatan agak keterlaluan. Gurauan sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan dua sahabat jauh ini. Difahamkan Pasad berasal dari Selangor manakala Hermy Rahim tinggal di Melaka dan perlawanan bola sepak di stadium seperti ini memberi ruang untuk dua sahabat ini bertemu.
Lain kali print besar, buat sejadah kat dalam
Sumber: Pasad