Di platform X, seorang individu mendakwa Syada Amzah masih gagal melunaskan kerja membuat review terhadap sebuah produk yang telah dipersetujui olehnya.
Artikel Berkaitan: Netizen Desak Syada Amzah Cari Kerja & Berhenti Canang Aib Keluarga – ‘Dah La Kakak Tanggung, Banyak Bunyi Pula’
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Dihalau Dari Rumah
Tak bertanggungjawab
Menurut individu berkenaan, Syada tidak dapat melakukan review tersebut atas alasan banjir. Berikutan daripada itu, pihaknya telah memberi jalan penyelesaian buat penyanyi tersebut namun, job tersebut didakwa masih belum diselesaikan.
Saya pun dah resigned daripada syarikat tu. Tapi ralat betul bila dah dapat bayaran, tak tahu nak buat video atau refund. Duit dalam bank bukan kena banjir. Kita siap bagi masa dekat dia. Untuk review lain jangan jadi macam dia ni. Esok lusa orang tak halalkan tak tenang hidup. Macam hutang.
Terdahulu, rata-rata warganet mendesak Syada untuk berdikari memandangkan dia sudah berusia 25 tahun dan boleh mencari pendapatan sendiri.
Sumber: X