Selepas dipertontonkan secara rasmi kepada umum awal Oktober lalu, Proton memilih untuk ‘mengunci mulut’ daripada berkongsi harga model SUV segmen-B terbaru mereka, X50.
Bermula RM79,200
Namun menerusi pelancaran secara virtual yang dilakukan sebentar tadi, Proton mendedahkan harga model X50 bermula dari RM79,200 bagi varian 1.5T Standard. Manakala bagi varian 1.5T Executive berharga RM84,800, 1.5T Premium RM93,200 dan varian tertinggi iaitu model Flagship berharga RM103,300.
Semua harga yang dinyatakan ini adalah harga atas jalan tanpa insuran dan pengecualian SST hingga 31 Disember, dan ia berserta perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej internet 4G 1GB/sebulan percuma selama lima tahun.
Bukan itu sahaja, 30,000 pelanggan pertama yang menempah X50 sebelum 31 Disember turut menerima kos upah percuma untuk tiga kali servis.
Enam pilihan warna ditawarkan untuk SUV segmen-B ini iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Tunggu apa lagi, tempah lah sekarang!
https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/videos/382165369806625/