Kemelut kontroversi Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menceraikan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan mendapat liputan yang meluas dalam kalangan media. Tidak lupa juga netizen yang mengutuk sekeras-keras tindakannya itu kerana meninggalkan isteri yang sarat mengandung seolah tiada sifat berperikemanusiaan.
Rata-rata netizen dan media menunggu kenyataan yang bakal dibuat oleh PU Abu secara terbuka. Menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan bahawa akan mengeluarkan kenyataan yang sebenar setelah mendapat keizinnan bapanya.
Buat kenyataan selepas berbincang dengan ayah
Setiap apa keputusan,yang boleh saya cakap, semuanya bergantung pada ayah saya. Andai kata ayah saya bagi kebenaran untuk cerita hal sebenar, saya akan bagitahu melalui sosial Media.
Buat masa ini, tolong bagi saya ruang. Minta maaf ?? pic.twitter.com/5aNJRpk5Eq
— Muhammad Abu sufyan (@Pu_Abu) April 26, 2019
Dia bakal membuat kenyataan berhubung isu kontroversi yang melanda dirinya selepas berbincang dengan ayahnya terlebih dahulu. Segala persoalan bakal dijawab olehnya melalui media sosial.
Dia memberitahu bahawa ayahnya tidak membenarkan dia membuat apa-apa kenyataan buat sementara waktu kerana takut dimanipulasi oleh sesetengah pihak.
Kenapa kena libatkan ayah
Netizen masih tidak berpuas hati
Sumber: PU Abu