Umum mengetahui, selebriti popular, Noor Neelofa kini sedang hamil anak keduanya dan usia kandungan difahamkan sudah pun memasuki lapan bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selagi Allah Bagi Kemampuan, Kita Beranak Ramai’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Tahniah! Neelofa Hamil Anak Kedua, Syukur Tak Ada Alahan Teruk
Bersedia mental fizikal
Memetik Harian Metro, suami kepada Neelofa yang juga pendakwah bebas, Hariz Ismail akui teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Menurut Hariz atau mesra dengan sapaan PU Riz, meskipun mempunyai perasaan takut, namun percaya dengan kehadiran cahaya mata dalam hidup mampu memberi erti kebahagian buatnya.
Meskipun ada perasaan takut, tapi saya percaya anak-anak ini banyak memberi kebahagiaan kepada ibu bapa.
Apabila kita penat selepas melakukan kerja, memeluk dan melihat wajah anak pun sudah buat kita gembira
Tambah Hariz, dia bersyukur akan kelahiran anak keduanya itu yang dijangka lebih kurang sebulan lagi.
Dalam pada itu, Hariz berkata, dia dan isteri juga sudah bersedia mental dan fizikal untuk rutin penjagaan anak seperti membuat susu, menukar lampin pakai buang dan sebagainya.
Katanya lagi, dia dan Neelofa juga sudah mempunyai cadangan nama bagi anak keduanya dan akan didedahkan kepada umum tujuh hari selepas kelahiran.
Terdahulu, Neelofa mengambil masa untuk mendedahkan kandungan keduanya dan berkongsi kepada orang ramai selepas memasuki trimester kedua.
Jelas pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, 33, perjalanan hamil untuk anak kedua ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu, Muhammad Bilal.
Untuk rekod, Hariz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Sumber: Harian Metro