Sejak kebelakangan ini, berita mengenai pertukaran anak menjadi tumpuan ramai dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu tersebut. Susulan berita tersebut, ramai netizen menunding jadi menyalahi pihak hospital akibat daripada kecuaian berlaku.
Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Drama’ – Siti Jamumall Syukur, Proses Pertukaran Bayi Penuh Emosi
Artikel berkaitan: Viral Kisah Bayi ‘Tertukar’, Wanita Gembira Anak Pulang Ke Pangkuan Tapi Sedih Lepaskan Bayi Susuan
Di Facebook, seorang jururawat iaitu Noor Shafinah Mamat yang pernah bekerja di bahagian bilik pembedahan dan wad bersalin berkongsi pengalaman dalam menjalani tugas di sebuah hospital kerajaan.
Wajib mak kena sebut!
Foto: Noor Shafinah Mamat
Menerusi perkongsian dari jururawat ini, dia menjelaskan skop tugas dan tanggungjawab ketika mengendalikan ibu bersalin setelah melahirkan anak. Tambahnya, berkali-kali kepastian yang perlu dilakukan antara jururawat dan si ibu bagi mengelak daripada berlakunya kesilapan atau pertukaran anak.
Tagging baby ni salah satu juga skop kerja harian kami di labour room dan wad-wad bersalin HTAR. Lepas ibu bersalin, kita sendiri show off kat mother sex baby then suruh mother sendiri sebut ye dapat baby apa. Puan dapat anak apa? Letih lepas beranak pun I will make sure mother sebut sendiri, girl or boy! Wajib mak kena sebut! Baby out je siap-siap buat tag, kena ade saksi ye lagi seorang kawan kena jadi saksi lepas tulis.
Kalau tak betul kena tulis balik. Salah ejaan pun kena tulis balik! Double check dengan kawan. Sekali lagi tunjuk lagi kat mother. Puan, tengok ejaan nama puan betul tak. Tengok nombor pendaftaran puan sama dengan tag baby ni? Sebab itu mak wajib pakai tag nama kat tangan bila masuk wad, jangan nk buka-buka ye selagi tak boleh discharge. Tag baby ni kita pasang kat kaki baby ye puan.
Nombor pendaftaran tu mesti sama dengan nombor kat tangan puan. After recheck dengan mother, kita akan counter check pula dengan staf yang conduct baby tu. Ulang pula lagi sekali dengan mother. Lepas beranak kita ambil pula baby nak cuci bersih-bersih cucuk hep B dan vitamin. Settle bab cucuk-cucuk baby pass pula baby kat mak, tanya lagi mak soalan sama ye. Ulang-ulang sampai lebam. Letih pun kena jawab ye mak-mak takut benda ni jadi kesilapan sebab kita ni manusia biasa.
Berkali-kali check tag nama
Foto sekadar hiasan
Malah, kakitangan hospital turut memastikan tidak berlaku pertukaran bayi semasa menyerahkan bayi yang baru dilahirkan ke kakitangan wad. Malah, kakitangan wad akan memastikan gelang nama pada kaki bayi adalah betul sebelum diserahkan.
Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam tu, ye tau penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ni, you all nak blame siapa? nurses juga… Settle semua jahit, nak hantar balik wad. Nak pass over pula kat staf wad. First dia orang akan check TAG BABY ye kawan-kawan. Tanya lagi mak soalan sama, nampak tak, kita punya protect you all tak tertukar baby tu macam mana. Sekian bebelan kak cik misi pencen yang pernah kerja kat labour room dan 5 tahun kat wad bersalin, itulah rutin kami. Kesalahan ni kami tak tahu punca dari mana dan kami tak pasti sama ada SOP kat hospital swasta sama atau tidak tapi nak dijadikan kes kan, tak boleh salahkan sesiapa juga. Doa saja yang baik-baik. Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini.
Sumber: Noor Shafinah Mamat