Foto: PopMama
Setiap kali tiba bulan Ramadan, wujud pelbagai persoalan berkaitan rukun Islam ketiga ini dalam kalangan umat Islam. Maka para agamawan seperti guru agama dan penceramah menjadi tempat rujukan untuk umat Islam bertanyakan hukum atau sebarang kemusykilan tentang ibadah berpuasa.
Artikel Berkaitan: Gadis Tanya Dr. Zulkifli Orang Islam Kalau Meninggal Jadi Zombie Dikira Mati Syahid Atau Tidak
Artikel Berkaitan: Puasa Terbatal Jika Berbuka Lebih Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puasa Sah Tak Kalau Tak Sempat Mandi Wajib? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Netizen tanya pakar
Mungkin terlalu buntu dengan persoalan yang telah lama bermain di fikiran, seorang pengguna Twitter mengambil kesempatan bertanyakan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tentang ibadah puasa.
Menerusi ciapan tersebut, dia bertanya jika ibadah puasanya dikira sah atau tidak jika air hujan dalam kuantiti banyak masuk ke dalam mulut ketika menunggang motosikal.
Assalamualaikum Dr Zul nak tanya, kalau tengah bawa motosikal tiba-tiba hujan, air hujan masuk ke dalam mulut dalam kuantiti yang banyak. Tu kira batal ke puasa?
Ciapan tersebut dibalas ringkas oleh Dr. Zulkifli yang meminta individu berkenaan supaya membeli topi keledar yang mempunyai visor (pelindung muka) supaya air hujan tidak terkena muka dan masuk ke dalam mulut.
Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut meraih hampir empat ribu tanda retweet dan dua ribu tanda suka. Rata-rata netizen turut terhibur dan bersetuju dengan jawapan Dr Zulkifli, malah ada yang mengatakan permasalahan lelaki tersebut memerlukan penyelesaian moden.
Tweet penuh:
Sumber: Dr. Zulkifli