berita

‘Pujuk Rayu Pihak Sana Tetapi Tetap Tidak Diizinkan..’ – Keluarga Angkat Gagal Bawa Pulang Jenazah Amir

February 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Berita kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mayatnya ditemui dalam tong air telah menggemparkan negara sejak beberapa hari lalu. Berita ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya sebak dengan pemergian adik Amir.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera

Artikel Berkaitan: ‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya’ – Ibu Angkat

Artikel Berkaitan: ‘Binatang Punya Mak!’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir

Terbaru, hasrat keluarga angkat adik Amir untuk membawa pulang jenazah Allahyarham dan mengebumikannya di Rawang, Selangor tidak kesampaian.

Tak dapat bawa pulang jenazah

Berita itu dikongsikan oleh kakak angkat Allahyarham di Twitter, Tupah9 yang memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak mendapat keizinan daripada waris Allahyarham adik Amir untuk membawa pulang jenazah ke Rawang, Selangor.

Jelasnya lagi, pada pagi ini jenazah Allahyarham telah dituntut di hospital dan telah dikebumikan di Jasin, Melaka. Setakat ini, keputusan bedah siasat juga masih belum diperolehi dan mereka menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.

‘Doakan umi kuat’

Dalam kesempatan itu, gadis ini juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya ibunya kuat menerima keputusan ini. Dia mengatakan mereka sekeluarga tidak mempunyai hak dan apa-apa kuasa terhadap Allahyarham sebaliknya hanya mampu memujuk waris Allahyarham supaya memberi keizinan kepada mereka untuk membawa pulang jenazah.

Mereka sekeluarga redha

Sumber: Tupah9

SKIP THIS AD ×