berita

Pusat Spa Kecantikan Anjur Motivasi Separa Bogel. Melampau!

March 20th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Beberapa keping gambar yang memaparkan sekumpulan individu melakukan aktiviti luar separa bogel yang viral sejak semalam telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Menurut laporan Harian Metro, mereka yang melakukan aktiviti tersebut adalah peserta daripada sebuah pusat spa kecantikan.

Tanpa ada rasa malu

Kejadian yang berlaku dia sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong itu melibatkan seramai 80 peserta wanita yang juga pekerja pusat spa tersebut dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Menurut Ketua Jabatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan, semua peserta tersebut telah mengadakan kursus itu sejak Isnin yang lalu.

Semua peserta mendaftar masuk ke resort berkenaan sejak Isnin lalu dan kursus itu dijadual berakhir hari ini.

Hanya pakai baju & seluar dalam

Menurut laporan lagi, semua peserta tersebut melakukan aktiviti tidak senonoh itu di atas padang dengan memakai baju dan seluar dalam sahaja.

Berdasarkan laporan yang kita terima pada hari kejadian sebahagian daripada peserta melakukan aktiviti di atas padang dengan keadaan tidak senonoh dan hanya memakai baju serta seluar dalam.

Walaupun beberapa orang penduduk kampung telah menegur tindakan tidak senonoh mereka itu, namun ianya tidak diendahkan. Susulan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan dan mengambil keterangan empat dan 30 wanita yang terdiri daripada pengendali serta peserta kursus tersebut.

Kita masih lagi mengesan baki peserta kursus itu yang difahamkan sudah pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Justeru, kita minta kerjasama mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapkan siasatan.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×