Pelakon Puteri Aishah kembali mencuri tumpuan ramai selepas sekian lama menyepi.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah & Suami Selamat Timang Anak Sulung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea
Kita enjoy sahaja
Di Instagram, rata-rata netizen kagum melihat penampilan Puteri Aishah terutama selepas melahirkan cahaya mata setahun yang lalu. Menurut netizen, mereka ingin tahu rahsia Puteri Aishah boleh mengekalkan berat badan badan seperti normal.
Jelas Puteri, dia turut mengalami perubahan fizikal selepas bersalin. Ujar Puteri, perkara itu biasa dan dia yakin setiap wanita mampu mendapatkan semula bentuk tubuh badan mereka sekiranya menjaga dengan baik.
Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru. Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi, nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay? Sekarang ini kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus. Hehe! Anak-anak dan suami pun akan suka peluk, best apa?
Tambah Puteri, dia menerima banyak pertanyaan di media sosial berhubung perkara itu.
Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.
Sekadar info, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.
Sumber: Puteri Aishah