Pelakon Puteri Sarah akui terkejut apabila mendapat tahu mengenai dakwaan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan.
Artikel Berkaitan: Baru Berkahwin, Menantu Pelakon Veteran Dah Ada Kekasih?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Konten Seolah Cuba Menghancurkan Rumah Tangga Dibina’ – Kaunselor Tegur Puteri Sarah
Terkejut
Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata dia mengetahui mengenai berita itu pada pagi Jumaat. Bagaimanpun enggan masuk campur kerana menganggap itu urusan peribadi Syamsul.
Saya sibuk dengan kerja saya, saya pun tak tahu sangat fasal itu. Saya terkejut juga mendengar dakwaan itu.
Saya pun tak nak komen lebih-lebih, itu hal peribadi dia. Saya tiada kena mengena dengan urusan dia, kami ada kena mengena dengan adalah hal anak-anak. Itu sahaja. Selain daripada itu, saya tak nak ambil tahu.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pementasan teater Pak Pandir Dan Labu Ajaib yang berlangsung di Isntana Budaya, pada Jumaat.
Dalam masa sama, aktres berusia 38 tahun itu berkata ruangan balas media sosialnya telah dibanjiri komen netizen yang bercakap fasal dakwaan terbabit.
Saya baru tahu hari ini (Jumaat), saya sibuk dengan latihan teater dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan
Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir orang lain komen fasal itu. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal saya jadi saya tak mahu masuk campur dan ambil tahu.
Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Saya tahu orang yang tag saya itu nak beritahu pada saya saja, tapi biarlah dia nak buat, itu dia punya kehidupan.
Sementara itu, ketika disoal adakah dia mengenali wanita yang didakwa bercinta dengan Syamsul, Sarah menjawab “saya tidak kenal siapa perempuan itu”.
Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki terkenal didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan.
Dakwaan mengatakan lagi, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.
Menurut dakwaan lagi, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit baru sahaja melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.
Susulan itu, rata-rata netizen mula memetik nama Syamsul dan mengaitkan dirinya dengan dakwaan yang tular itu.