Meskipun sedang berdepan proses penceraian, usahawan selebriti, Puteri Zarith terus pandang ke depan menguruskan perniagaan yang sudah diusahan berpuluh tahun dan dalam masa sama menjadi ibu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Lagi Isteri Dr Munzir’ – Puteri Zarith
Artikel Berkaitan: Puteri Zarith ‘Sound’ Netizen, Nafi ‘Very The Diva’ – ‘Banyak Cantik Muka Kau Cakap Macam Itu!’
Allah uji sebab sayang
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Zarith memilih untuk berfikiran positif dan menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai ujian untuk dia menjadi lebih kuat.
Ujian yang datang membuatkan saya kuat. Saya mahu terus maju dan memandang ke hadapan.
Saya anggap ujian yang datang ada hikmah. Allah uji sebab Dia sayang.
Puteri ditemui di majlis pelancaran produk bawah jenama baharu, PZ yang mengelurkan minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha, baru-baru ini.
Bergerak sendiri
Bercerita mengenai produk terbarunya iaitu The Teh Tarix dan The Matcha, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata ‘baby sulung’ keluaran jenama PZ kali ini tidak berkolaborasi dengan mana-mana selebriti.
Kali ini, PZ saya usahakan sendiri dan mahu bermula dari kosong. Kenapa teh tarik dipilih sebagai produk membakar lemak?
Sebab kalau produk memutihkan kulit sudah banyak di pasaran.
Teh tarik kegemaran ramai namun dengan produk baru ini pengguna tak perlu risau berat badan meningkat.
Dalam pada itu, personaliti media sosial menyatakan dia mahu mencari kelainan selepas 10 tahun melibatkan diri dalam dunia bisnes.
Saya pernah muncul dengan produk sendiri iaitu Oli Candy dan bersyukur ia mendapat sambutan. Saya juga dikenali dengan kolaborasi bersama selebriti.
Saya lakukan semuanya sendiri dan mahu mencabar diri. Saya berharap produk ini mendapat sambutan, insya-Allah.
Minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha melalui produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih enam bulan sebelum dibawa masuk pasaran menemui pelanggan.
Sebelum ini, Puteri Zarith pernah berkolaborasi dengan nama-nama besar dalam industri seni seperti Marion Caunter, Nora Danish dan Mira Filzah.