Ketika Malam Gala Filem ‘Walid’ di Starling Mall, Selasa lalu, pelakon remaja, Putri Qaseh memberitahu dia pernah menjadi mangsa buli sewaktu di sekolah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Cuba Untuk Jadi Artis Tanpa Kontroversi’ – Putri Qaseh
Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Daripada Produksi ‘Mat Kilau’, Areel Tak Benarkan Karya Ditayang
Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’
Dapat layanan seperti pelajar biasa
Menurut pemenang Pelakon Kanak-kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 ini, kejadian itu berlaku ketika usianya 13 tahun. Ujar Qaseh, pada waktu itu juga dia baru berkecimpung dalam industri seni lakonan.
Tambah Qaseh, dia berasa bersyukur kerana sesi pembulian itu tidak terlalu keterlaluan dan sekadar ejekan daripada rakan sekolah lantaran rakan-rakannya terhibur dengan lakonan serta karakter yang dibawanya ketika di layar perak.
Saya pernah sahaja jadi masa buli, sekitar usia 13 tahun dan sebelum itu. Kena ejek dengan murid lain. Tetapi sekarang mereka sudah biasa dengan status saya sebagai pelakon.
Disoal mengenai dirinya menjadi seorang yang popular di sekolah, pelakon remaja itu berkata rakan-rakannya memberi layanan yang sama dan tiada yang lebih.
Layanan di sekolah juga sama. Tiada keistimewaan atau kelebihan dengan status sebagai pelakon. Saya pergi sekolah, belajar sama seperti rakan-rakan lain. Sebab itu mereka mudah terima.