berita

Putus Buat Kali Kedua, Shawn & Camila Sedar Tak Sesuai Jadi Kekasih

June 9th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Terdahulu, tular rakaman video pelantun lagu ‘Senorita’ itu apabila dilihat bermesra di sebuah acara muzik di California.

Namun begitu, segalanya berakhir setelah dua kali percubaan dalam bercinta.

Artikel Berkaitan: Shawn Mendes Dan Camila Cabello Kembali Bercinta!

Artikel Berkaitan: Shawn Mendes Luangkan Masa Bersama Camila Cabello Di Pantai Miami, Bakal Bersatu Semula?

Artikel Berkaitan: Akan Tetap Berkawan Baik, Shawn Mendes & Camila Cabello Umum Berpisah

‘Tidak serasi’

Menerusi laporan The Sun, Shawn dan Camila kembali menjalinkan hubungan mesra itu sejak enam minggu lalu. Pasangan ini turut dilihat menghadiri konsert penyanyi terkenal, Taylor Swift pada 26 Mei lalu.

Difahamkan, mereka menyedari tidak sesuai untuk bersama sebagai sepasang kekasih. Oleh kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Hubungan ini bukanlah sesuatu yang serius dan mereka telah mengambil keputusan untuk akhirinya.

Mereka menyedari bahawa ianya mungkin satu kesilapan untuk mencuba kembali menjalinkan hubungan seperti dulu. Walau bagaimanapun, hubungan terdahulu berakhir bersebab.

Realitinya, mereka menyedari bahawa mereka tidak sesuai untuk satu sama lain.

Sekadar info, Shawn dan Camila menjalinkan hubungan cinta yang pertama pada tahun 2019 dan berpisah pada November 2021.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×