Penyanyi Indonesia, Raisa bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi mengubati kerinduan dengan peminat setia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional
Eksklusif untuk peminat
Pelantun lagu Kali Kedua akan mengadakan konsert ‘Raisa Hits Live in Concert’ pada 23 September ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.
Difahamkan, persembahan ini diadakan secara eksklusif untuk peminat di Malaysia yang tidak pernah putus menyokong karya seni Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana.
Tiket eksklusif ‘Raisa Hits Live in Concert’ akan mula dijual pada Jumaat ini (11 Ogos), bermula jam 11 pagi, di platform tiket https://my.bookmyshow.com/e/RAISAM23.
Harga tiket bermula dengan RM100 (CAT 5), RM200 (CAT 4), RM300 (CAT 3), RM400 (CAT 2), RM550 (CAT 1) dan RM650 untuk VIP.
Terdahulu, perjalanan penyanyi berusia 33 tahun di dunia nyanyian bermula sejak kecil lagi hingga mendorongnya mengutip pengalaman mengadakan persembahan di kafe sekitar Jakarta.
Selepas single pertama, Serba Salah meraih perhatian, Raisa dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) Ke-15 dan Artis Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2016.