berita

Raisa Minta Jangan Marah Nabil, Pilih Guna Bahasa Inggeris Sebab Takut Salah Bual

November 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi Indonesia, Raisa menjadi bualan ramai selepas didakwa ‘masam muka’ ketika pengacara Nabil Ahmad ‘bahan’ di Gegar Vaganza 9, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional

Artikel Berkaitan: Dilabel Tak Profesional Tegur Raisa ‘Speaking’, Ini Kata Nabil Ahmad – ‘Kami Dah Jumpa Belakang’

Maksud bahasa Indonesia & Malaysia beza

Ketika ditemui OhBulan!, Raisa akui lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding Indonesia ketika menjadi juri jemputan GV9.

Kata Raisa, 32, dia bimbang penyampaiannya menggunakan bahasa ibunda ketika memberi komen akan disalah erti.

Sejujurnya saya takut salah cakap kerana kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan Malaysia berbeza. Saya takut kalau komen dalam bahasa Indonesia akan kurang tepat dan jadi salah.

Bagi saya, kalau cakap bahasa inggeris akan lebih tepat dan tak salah erti. Tapi pihak produksi ada beritahu tak apa kalau saya nak cakap bahasa Indonesia.

Raisa berkata demikian ketika sidang media Konsert Raisa Live In Kuala Lumpur di Sunway Putra Hotel, pada Selasa.

Kesian Nabil

Tambah pelantun lagu Kali Kedua, dia memohon agar netizen Malaysia tidak lagi menghentam Nabil dek kerana gurauan manja.

Katanya lagi, dia langsung tidak terasa atau mengambil serius dengan usikan Nabil.

Keesokan hari, saya ada jumpa Nabil di radio Era FM, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat. Tolong jangan marah Nabil… kesian dia.

Dalam pada itu, Raisa memberitahu bahawa dia teruja untuk mengadakan konsert pertama kali di Kuala Lumpur.

Ini pertama kali konsert di Kuala lumpur saya teruja datang sini. Tapi keluarga pernah duduk sini dan saya sempat jalan-jalan sini. Tapi itu kali 7 tahun lepas.

Saya sebelum ini pernah di Penang dan Kota kinabalu tapi untuk ke Kuala Lumpur masih belum pernah.

Terdahulu, nama Nabil menjadi perbualan netizen di seluruh media sosial susulan gurauannya mengenai komen dalam Bahasa Inggeris yang diberikan Raisa kepada persembahan peserta Hazrul Nizam.

SKIP THIS AD ×