Pengarah filem ‘Pagari Bulan’ iaitu Raja Mukhriz Raja Ahmad meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kutipan filem berkenaan tidak memberangsangkan di pawagam.
Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’
Sudah buat yang terbaik
Menurut Raja, pihaknya sudah melakukan yang terbaik ketika penggambaran untuk menghasilkan karya berkualiti setanding dengan peringkat antarabangsa.
Daripada 10 orang yang menonton filem ini semuanya beritahu mereka tersentuh emosi dan menangis. Dengan isu Palestin dan Israel, korang boleh tengok betapa kejamnya penjajah dan ini terjadi di Tanah Melayu dahulu. ‘ Sale’ sangat tak ok.
Sebagai pengarah Pagari Bulan, tidak kisahlah salah siapa pun berkaitan ‘marketing’ (pemasaran) dan promosi. Dah nasib kami. Mohon RT. Redha.
Namun, pihak kami tiada kepakaran dari aspek pengedaran dan promosi untuk filem ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada pihak tertentu tapi apa yang saya nampak kelemahannya ialah dari aspek pengedaran dan promosi filem ini yang tidak sampai kepada khalayak. Promosi juga dibuat lewat selepas filem dah nak habis tayang.
Bagi saya pihak pengedaran dan promosi filem ini perlu ada strategi pemasaran untuk menarik penonton ke pawagam tanah air.
Disoal mengenai jumlah tayangan, Raja memberitahu jumlah tayangan filemnya itu sudah dikurangkan di pawagam walaupun baharu minggu pertama tayangannya.
Saya tidak boleh hubungi pihak pawagam untuk meminta mereka tidak mengurangkan jumlah tayangan kerana ia adalah tanggungjawab pihak pengedaran filem ini. Saya juga sudah berusaha menghubungi pihak pengedar filem ini tetapi mereka kini berada di luar negara.
Di Instagram, penerbit dan pengarah, Michael Ang, turut mempersoalkan keputusan dan tindakan beberapa buah pawagam yang mengurangkan dan membatalkan tayangan filem Pagari Bulan di seluruh negara.
Menurut Michael, tindakan tersebut menyebabkan penerbit filem berkenaan berdepan dengan kebuntuan memandangkan syarat wajib tayang sepatutnya dalam tempoh 14 hari.
Saya turut berlakon dalam filem Pagari Bulan sebagai cameo dan banyak juga orang komen yang filem itu bagus. Para pengkritik filem pun kata bagus dan berikan rating yang tinggi untuk filem itu termasuk mereka yang kononya tak suka filem Melayu pun berikan komen yang bagus.
Ramai kata sinematografi filem, cara pengarahan bagus dan ada unsur-unsur sejarah. Tapi masalahnya kenapa tak ada sambutan di panggung? Sebab promosi tak cukup kuat? Lepas itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) buat apa? Suka-suka panggung boleh batal tayangan semua itu, kata ada 14 hari wajib tayang? Tolonglah buat sesuatu.
Menerusi video yang sama, Michael mengajak semua peminat filem tempatan memberi sokongan terhadap filem tersebut di pawagam.
Kepada anda semua, pergilah sokong dan tonton filem ini. Kasihanlah pada Shahora. Susah payah dia dan suami terbitkan filem ini.
Sumber: Harian Metro & Michael Ang