berita

Rakam Video Siti Nurhaliza Tengah Keluar Duit Di ATM, Pengguna TikTok Minta Maaf Ceroboh Privasi – ‘Segala Kekhilafan Adalah Berpunca Dari Kami ..’

April 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan hangat di media sosial sejak beberapa hari ini. Bukan sahaja kerana tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, tetapi disebabkan kelakuan seorang peminat fanatik.

Artikel Berkaitan: Berjaya Kalahkan Katy Perry & Celine Dion, Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time

Rakam ketika tengah keluar duit

@yanaothmannn Kakak kite terserempak dengan @toktitiktok kat atm machine. Rezeki lah jumpe tokti tu. Dah lama dia nak jumpa idola dia tu. #fyp #sitinurhaliza #ctdk #tokti ? Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Seorang wanita dikecam netizen selepas merakam momen ketika Siti sedang mengeluarkan wang di mesin ATM.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @yanaothmannn, pengguna itu memberitahu individu tersebut adalah peminat Siti yang juga merupakan kakaknya.

Dalam rakaman itu, wanita itu memanggil nama anak Siti, Siti Aafiyah yang ketika itu turut sama menemani.

Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni.

Tindakan itu dianggap keterlaluan kerana menganggu privasi dan ketenteraman penyanyi berusia 43 tahun itu yang sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Malah, secara tidak langsung membuatkan Aafiyah menjadi takut selepas ditegur secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali.

Perkongsian itu menerima pelbagai respon dan rata-rata wargamaya menyelar sikap wanita tersebut yang tidak sensitif. Selepas teruk dihentam, pengguna akaun terbabit dilihat menutup ruangan komen.

Permohonan maaf secara terbuka

Berani tampil menjernihkan keadaan, wanita berkenaan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka berdua.

Katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), keterujaan bertemu dengan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu mengaburi segalanya sehingga lupa akan privasi.

Sumber: TikTok @yanaothmannn & Instagram @yanaothman_official

SKIP THIS AD ×